Wednesday, August 25, 2010

Bila hati berdetik

Bila hatiku berdetik...bermacam-macam yang bermain difikiran...peristiwa pahit manis terlintas difikiranku....tapi yang paling kuat adalah berbuka puasa bersama keluarga...sayu hati bila terkenangkan detik-detik berbuka puasa bersama arwah mak, abah, mama, kak entan, kak ct, abby, ibu dan paling diingati suamiku...ABANG...


Mungkin inilah detik yang paling sukar bagi aku sepanjang berpuasa tahun ini belum dapat sekali pun aku berbuka bersama keluarga...seronok mendengar kakak-kakak di office berbuka bersama keluarga...entah bila agaknya giliranku untuk bersama keluarga...paling tidak pun bersama suami...


Minggu pertama bekerja juga merupakan minggu pertama berpuasa bagi tahun ni disulami dengan air mata pada sebelah malam...tapi aku pujuk hati ini jangan menangis...setiap ujian dan dugaan ada hikmah disebaliknya dan Allah takkan menguji atau menduga hamba jika diluar kemampuan hamba-hambanya...dengan kata-kata itu yang aku untuk menguatkan semangat dalam diriku...Semoga di bulan keberkatan ini aku mampu berdiri meneruskan perjuangan...




...Berbuka puasa di Alamanda seorang diri...


...diriku kini...

Lagu raya yang sungguh menggamit hatiku..

Di office ini semua sudah mula mendengar lagu...mana-mana office haku pergi semua buka lagu raya...perasaan nak balik kampung membuak-buak sampai tidak dapat dibendung...

Aku ingat dapatlah aku balik hujung minggu ni....satu..satu..berita sedih aku dapat...kalau berita lain takpalah tapi pasal balik kampung...sayunyer hati ini puasa tahun ni tak dapat buka puasa dengan keluarga terutama dengan suamiku tersayang merupakan tahun pertama kami berpuasa bergelar suami isteri...aku pujuk hatiku mengatakan semua ini adalah dugaan dari yang Maha Esa yang akan melimpahkan rahmat bagi orang-orang sabar...Tetapi terlalu sukar hatiku untuk menerima...minggu pertama aku bekerja disulami dengan air mata pada sebelah malamnya...moga-moga aku tabah menghadapinya...

Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Berpuasa Tanpa Suami Tersayang

Hari pertama aku berpuasa merupakan hari yang penuh dugaan dalam sejarah hidup aku. Dugaan pertama bermula ke tempat kerja di Putrajaya. Mula-mula terlepas komuter, kemudian terlepas bas. Tak cukup dengan itu, Jabatan Perdana Menteri hantar aku kat Jabatan Insolvensi Malaysia. Kalau sebelah2 tak apalah, terpaksa aku naik bas untuk pergi ke jabatan tersbut. Aku sangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari.

Dugaan kedua bermula menjelang pukul 5, waktu semua orang balik. Tunggulah bas kat depan Kompleks Mahkamah...tunggu punya tunggu...bas yang pergi KTM Serdang tak sampai gak. So aku buat keputusan naik bas Nadi Putra ke Putrajaya Sentral. Sampai saja kat Putrajaya Sentral aku nampak bas pergi KTM tapi takda pemandu. So aku tunggu sampai pukul 6 setengah tp tak juga jalan2 lagi. So aku pergi tanya pemandu bas tu. Hampa aku bila pemandu bas cakap "Jalan lepas berbuka". Nasib baik aku dah beli air kat presint 9. Berbukalah aku dengan air bandung cincau sahaja. Jam menunjukkan hampir pukul 8, bas pergi KTM Serdang tak juga jalan. So nak tak nak aku naik bas yang pergi ke KL kalau tak lagi lmbt aku balik rumah. Bas berhenti kat Bus Stand Klang. Turun jer dari bas aku terus pergi ke stesyen komuter kat Dayabumi tu. Tengah2 syok aku berjalan, tiba2 ada mamat indon ni kene kejar polis. Tergamam sekejap aku kat tangga nak pergi KTM tu. Dah lama tak tengok kejadian camtu. kekeke....mcm mntk2 lak nak tgk mende2 camtu. Tak2...takmo wat sakit jantung je..

Aku sampai kat rumah dlm pukul 9 lebih..penatnya Allah sahaja yang tahu. Tapi aku redha kalu inilah dugaan dan ujian dari-Nya. Semoga Allah kuatkan semangat dan tabahkan hati aku...amin..Kakak aku ader simpankan lauk berbuka untuk aku. Terima kasih kak... Lepas mandi aku makan...tak lama lepas tu aku tidur...kepenatan.....(-_-)

Begitulah kisahnya hari pertama aku berpuasa di perantauan. Sekian terima kasih.