Hari pertama aku berpuasa merupakan hari yang penuh dugaan dalam sejarah hidup aku. Dugaan pertama bermula ke tempat kerja di Putrajaya. Mula-mula terlepas komuter, kemudian terlepas bas. Tak cukup dengan itu, Jabatan Perdana Menteri hantar aku kat Jabatan Insolvensi Malaysia. Kalau sebelah2 tak apalah, terpaksa aku naik bas untuk pergi ke jabatan tersbut. Aku sangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari.
Dugaan kedua bermula menjelang pukul 5, waktu semua orang balik. Tunggulah bas kat depan Kompleks Mahkamah...tunggu punya tunggu...bas yang pergi KTM Serdang tak sampai gak. So aku buat keputusan naik bas Nadi Putra ke Putrajaya Sentral. Sampai saja kat Putrajaya Sentral aku nampak bas pergi KTM tapi takda pemandu. So aku tunggu sampai pukul 6 setengah tp tak juga jalan2 lagi. So aku pergi tanya pemandu bas tu. Hampa aku bila pemandu bas cakap "Jalan lepas berbuka". Nasib baik aku dah beli air kat presint 9. Berbukalah aku dengan air bandung cincau sahaja. Jam menunjukkan hampir pukul 8, bas pergi KTM Serdang tak juga jalan. So nak tak nak aku naik bas yang pergi ke KL kalau tak lagi lmbt aku balik rumah. Bas berhenti kat Bus Stand Klang. Turun jer dari bas aku terus pergi ke stesyen komuter kat Dayabumi tu. Tengah2 syok aku berjalan, tiba2 ada mamat indon ni kene kejar polis. Tergamam sekejap aku kat tangga nak pergi KTM tu. Dah lama tak tengok kejadian camtu. kekeke....mcm mntk2 lak nak tgk mende2 camtu. Tak2...takmo wat sakit jantung je..
Aku sampai kat rumah dlm pukul 9 lebih..penatnya Allah sahaja yang tahu. Tapi aku redha kalu inilah dugaan dan ujian dari-Nya. Semoga Allah kuatkan semangat dan tabahkan hati aku...amin..Kakak aku ader simpankan lauk berbuka untuk aku. Terima kasih kak... Lepas mandi aku makan...tak lama lepas tu aku tidur...kepenatan.....(-_-)
Begitulah kisahnya hari pertama aku berpuasa di perantauan. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment