Monday, April 25, 2011

Cian blog haku nie...hehehe..

Tuelah org buat blog...cibok nak buat..tgk aper jadi...terbengkalai tak post baru...hehehe...
Aperpon hati sudah cikit senang sbb dah balik...nak citer pon dah mcm tak best..sbb citer dah basi...tapi nak citer gak...

14hb March 2011..aku telah kembali ke JB...negeri kelahiran ku JOHOR...ini bermakna aku akan selalu berada di sisi suami...yelah kan...tempat si isteri adalah di sisi suami..tak gitu...(^_^)...dan bermulalah tanggungjawab aku sebagai isteri yang paling penting aku kene masak sebab en. suami nak makan di rumah...tak mo makan kat luar dah...masa bujang dah puas makan kat luar katanyer...sabtu atau ahad basuh baju, sidai baju, gosok baju, kemas rumah...nasib dapat suami yang ringan tangan gak nak tolong...taklah terasa penat sangat...SAYANG ABANG...

Tempat keje lak kat Jabatan Bantuan Guaman sebelah Menara KWSP...hari-hari tempuh jem...tapi tak apa...demi suami tercinta (tempat si isteri di sisi suami)...keje kat JBG nie memang mencabar...paham-pahamla kat Johor kes cerai paling tinggi...jadi keje pon menimbun...nasib tak tertimbus dek fail jer...kat PTDI dah pernah buku jatuh kat kepala...hehehe...tapi tetap seronok sebab ada rakan-rakan yang sedia membantu...terutama kak Ina..orang sabahan sama ngan suami aku...sandakan lagi tue...

Walau camner pon aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi..atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya kepadaku...

p/s: nak uplod gambar tapi tak boleh...huhuhu...

Wednesday, October 13, 2010

Bersyukur...

Syukur Alhamdulillah...akhirnya aku dapat membiasa diri tanpa suami disisi...walaupun kadang-kadang sukar mengawal hati dan perasaan...itu sudah lumrah sebagai manusia tapi jangan terus dibuai perasaan sebegitu..hidup perlu diteruskan...CHAIYOKK JUNE!!!Terima kasih KAK LIZA...terasa diri ini tidak begitu asing berada di sini...

Sangat suka post my dearest friend...Owniey kat facebook...
"Bila Allah Cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH dalam apa jua keadaan...
kerana Kasih Sayang ALLAH itu Mendahului Kemurkaan-NYA..."



~my beloved sis~

~en. somi~







Friday, September 24, 2010

Bila Hati Berdetik II

Masih lagi berkisar mengenai hati disentuh perkara menyayat hati...tersentak aku bila membaca post En Deris...rupa-rupanya ada orang lagi besar masalah daripada aku...Bersyukur aku ke-hadrat Ilahi masih menyayangi hambu-Mu ini...Kesedihan yang aku tanggung tidak seberapa jika dibanding dengan orang yang lagi besar masalahnya...

Namun itu semua ketentuan Allah...di mana ada kekurangan di situ jua kelebihannya...cuma aku mengharapkan hidupku bertambah baik tak menyusahkan orang lain...dan yang paling penting dapat membantu abah dan mama...Mama walau dirimu tidak sempurna seperti emak atau ibu orang lain..Tapi diriku ini masih menyayangimu...tidak pernah aku ungkapkan kata-kata ini kepada mama...Harap suatu hari nanti aku mampu berkata-kata "Mama..lin sayang sangat kat Mama" dengan bangga...Harta dan kekayaan tidak berkekalan...Kepada Engkau jua aku akan kembali..Ya Allah...semoga iman di dadaku terus utuh...Tiada apa yang aku harapkan selain keradhaan-Mu Allah...

Ku harapkan hari yang mendatang adalah lebih baik dari hari yang lepas2...Hanya Engkau Maha-Mengetahui...

Wednesday, August 25, 2010

Bila hati berdetik

Bila hatiku berdetik...bermacam-macam yang bermain difikiran...peristiwa pahit manis terlintas difikiranku....tapi yang paling kuat adalah berbuka puasa bersama keluarga...sayu hati bila terkenangkan detik-detik berbuka puasa bersama arwah mak, abah, mama, kak entan, kak ct, abby, ibu dan paling diingati suamiku...ABANG...


Mungkin inilah detik yang paling sukar bagi aku sepanjang berpuasa tahun ini belum dapat sekali pun aku berbuka bersama keluarga...seronok mendengar kakak-kakak di office berbuka bersama keluarga...entah bila agaknya giliranku untuk bersama keluarga...paling tidak pun bersama suami...


Minggu pertama bekerja juga merupakan minggu pertama berpuasa bagi tahun ni disulami dengan air mata pada sebelah malam...tapi aku pujuk hati ini jangan menangis...setiap ujian dan dugaan ada hikmah disebaliknya dan Allah takkan menguji atau menduga hamba jika diluar kemampuan hamba-hambanya...dengan kata-kata itu yang aku untuk menguatkan semangat dalam diriku...Semoga di bulan keberkatan ini aku mampu berdiri meneruskan perjuangan...




...Berbuka puasa di Alamanda seorang diri...


...diriku kini...

Lagu raya yang sungguh menggamit hatiku..

Di office ini semua sudah mula mendengar lagu...mana-mana office haku pergi semua buka lagu raya...perasaan nak balik kampung membuak-buak sampai tidak dapat dibendung...

Aku ingat dapatlah aku balik hujung minggu ni....satu..satu..berita sedih aku dapat...kalau berita lain takpalah tapi pasal balik kampung...sayunyer hati ini puasa tahun ni tak dapat buka puasa dengan keluarga terutama dengan suamiku tersayang merupakan tahun pertama kami berpuasa bergelar suami isteri...aku pujuk hatiku mengatakan semua ini adalah dugaan dari yang Maha Esa yang akan melimpahkan rahmat bagi orang-orang sabar...Tetapi terlalu sukar hatiku untuk menerima...minggu pertama aku bekerja disulami dengan air mata pada sebelah malamnya...moga-moga aku tabah menghadapinya...

Thursday, August 12, 2010

Hari Pertama Berpuasa Tanpa Suami Tersayang

Hari pertama aku berpuasa merupakan hari yang penuh dugaan dalam sejarah hidup aku. Dugaan pertama bermula ke tempat kerja di Putrajaya. Mula-mula terlepas komuter, kemudian terlepas bas. Tak cukup dengan itu, Jabatan Perdana Menteri hantar aku kat Jabatan Insolvensi Malaysia. Kalau sebelah2 tak apalah, terpaksa aku naik bas untuk pergi ke jabatan tersbut. Aku sangkakan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari.

Dugaan kedua bermula menjelang pukul 5, waktu semua orang balik. Tunggulah bas kat depan Kompleks Mahkamah...tunggu punya tunggu...bas yang pergi KTM Serdang tak sampai gak. So aku buat keputusan naik bas Nadi Putra ke Putrajaya Sentral. Sampai saja kat Putrajaya Sentral aku nampak bas pergi KTM tapi takda pemandu. So aku tunggu sampai pukul 6 setengah tp tak juga jalan2 lagi. So aku pergi tanya pemandu bas tu. Hampa aku bila pemandu bas cakap "Jalan lepas berbuka". Nasib baik aku dah beli air kat presint 9. Berbukalah aku dengan air bandung cincau sahaja. Jam menunjukkan hampir pukul 8, bas pergi KTM Serdang tak juga jalan. So nak tak nak aku naik bas yang pergi ke KL kalau tak lagi lmbt aku balik rumah. Bas berhenti kat Bus Stand Klang. Turun jer dari bas aku terus pergi ke stesyen komuter kat Dayabumi tu. Tengah2 syok aku berjalan, tiba2 ada mamat indon ni kene kejar polis. Tergamam sekejap aku kat tangga nak pergi KTM tu. Dah lama tak tengok kejadian camtu. kekeke....mcm mntk2 lak nak tgk mende2 camtu. Tak2...takmo wat sakit jantung je..

Aku sampai kat rumah dlm pukul 9 lebih..penatnya Allah sahaja yang tahu. Tapi aku redha kalu inilah dugaan dan ujian dari-Nya. Semoga Allah kuatkan semangat dan tabahkan hati aku...amin..Kakak aku ader simpankan lauk berbuka untuk aku. Terima kasih kak... Lepas mandi aku makan...tak lama lepas tu aku tidur...kepenatan.....(-_-)

Begitulah kisahnya hari pertama aku berpuasa di perantauan. Sekian terima kasih.

Saturday, July 17, 2010

Saturday Working...

Hari ini - 17hb Julai 2010 haku bekerja di kaunter...dah lama tak kerja kat kaunter lib PTDI...agak mengantuk duduk lama-lama kat kaunter...

TV3 ada cerita Sampai Syurga...elly mazlin jadi anak yang lupa pada ayahnya setelah berjaya jadi penyanyi...kesian sangat tengok ayah masa datang rumah anak dia..kena halau sbb datang tak bagitahu...ayah dia sampai sakit barah usus...baru nak sedar...tapi tak sempat minta maaf pon sebelum ayah dia meninggal dunia...banyak pengajaran yg boleh kita ambil dari cerita ni...tinggi mana pon belajar ..tinggi mana pangkat kita...jauh mana pon kita merantau..janganla kita lupa pada ibubapa...berkat doa dari mereka lah baru kita berjaya...


~ Ni arr muke2 owg keje hari sabtu ~


~ muker yang sepatutnya tido pada pagi sabtu ~

Itu sahaja untuk kali ini...rasa dah lama tak update blog nie...tata...titi...titu...